Hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua mengenai salah satu destinasi percutian yang menjadi pilihan pasangan suami isteri selebriti tempatan iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Menerusi akuan media sosial (Instagram) milik Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan cahaya mata mereka, Yusuf Iskandar mereka ada berkongsikan serba sedikit perjalanan sepanjang mereka bercuti di pulau peranginan tersebut. Untuk pengetahuan semua, Soneva Jani terletak di sebuah lagun persendirian seluas 5.6 kilometer dan dikelilingi oleh lima buah pulau yang sangat cantik. Malah, untuk ke villa itu, pelawat harus menaiki pesawat air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Male selama 40 minit atau kapal persiaran yang mengambil masa selama separuh hari. Soneva Jani menyediakan tujuh jenis villa mengikut jumlah bilik tidur. Antara keunikan villa-villa tersebut ialah memiliki gelungsur air dari bumbung terus ke dalam lagun selain kolam renang persendirian.
lelaki kacak berbaju putih |
credit :
https://www.instagram.com/hairulazreen/?hl=en
www.gempak.com/.../yusuf-iskandar-bercuti-di-villa-mewah-berha...
See you next entry guys...
No comments:
Post a Comment