The world of...

Tuesday, 10 October 2017

TOKYO, JEPUN

Assalamualaikum...
Pada hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua mengenai percutian di Jepun beserta tipsnya.

musim bunga di Jepun

Semakin lama semakin ramai yang mampu ke negara matahari terbit, Jepun. Sebuah bumi sakura yang sangat maju ekonominya dalam pelbagai bidang seperti industri automotive, elektronik, robotik, agriculture dan banyak lagi.Mengikut data yang direkod pada tahun 2015, Malaysia telah menyumbang sebanyak 305,447 orang pelancong yang datang melancong ke Jepun. Haaa ramai kan yang dah travel ke Jepun? Pasti rasa teruja nak menjejakkan kaki ke Jepun apabila melihat rakan-rakan post gambar di laman social ataupun ada melihat iklan-iklan tourism Japan.Pada yang nak ke Jepun untuk pertama kali, saya nak kongsikan serba sedikit beberapa tips sebelum anda ke Jepun supaya percutian anda lebih lancar
tempat movie JURASSIC PARK dilakonkan yang menjadi perhatian dalam kalangan anak muda


credit : http://unclezuan.com/tips-kepada-yang-ingin-ke-jepun-untuk-pertama-kali/

NEW YORK CITY CENTRE


Assalamualaikum..


Pada hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua tentang percutian di New York. Siapa nak pergi New York? Sepp sikit.Hahahaha...

Kota Impian, Kota Kebebasan, Kota Epal Besar, Kota yang Tak Pernah Tidur. Pelbagai nama jolokan yang diberikan kepada New York City.
Kota New York (NY) merupakan sebuah kota yang seringkali muncul di kaca TV. Secara tak langsung Kota NY kerapkali sudah kita kunjungi di kaca TV.
Statues of Liberty
salah satu arca yang terkenal di New York


Setibanya di NYC, sistem jalanraya di sana adalah berlainan daripada sistem yang digunakan di Malaysia. Sistem jalanraya adalah berbentuk grid.
Untuk ke sesuatu tempat, pengunjung perlu menghafal Street dan Avenue. Biasa di Malaysia tahu nama jalan sahaja, tetapi itu pun belum pasti lagi jalan tersebut berada di mana.
Sekiranya di NYC, anda dah boleh agak berapa blok akan sampai ke lokasi berdasarkan bilangan Street dan Avenue.
Tempat yang wajib dilawati seberadanya di NYC adalah Times Square, Central Park, Brooklyn Bridge, Fifth Avenue, Statue Of Liberty, Rockefeller Square, Empire State Building dan juga WTC Memorial Park.
Pengunjung juga boleh menaiki teksi dan juga subway yang boleh didapati di mana-mana sahaja sekitar New York. Sekiranya pengunjung memilih untuk menaiki teksi, sila sediakan wang tambang beserta tips untuk pemandu teksi. Kota New York adalah kota tips.
Untuk ke destinasi yang lebih jauh, anda boleh menaiki subway.



salah satu pusat beli-belah di New York City



credit : https://www.thevocket.com/9-tip-travel-di-new-york-buat-anda-yang-ingin-ke-sana/





TOKYO, JEPUN

Assalamualaikum... Pada hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua mengenai percutian di Jepun beserta tipsnya. musim bunga di ...