The world of...

Saturday, 30 September 2017

PULAU PERHENTIAN

Assalamualaikum...


Haaa...cantik tak pulau tu? Siapa teringin nak pergi ke sana? Cuba angkat tangan..hehehee..
Hari ni saya akan kongsikan dengan anda semua mengenai Pulau Perhentian yang amat dikenali dalam kalangan netizen dan pelancong asing. Malahan pulau ini juga telah tersenarai di antara 10 pulau tercantik di duania oleh CNN. Menarik bukan? Pulau ini terbahagi kepada dua bahagin iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pulau ini terletak di Luat China Selatan kira-kira 21 km dari pekan Kuala Besut ,Terengganu. Keindahan alam semula jadinya yang menarik, pantai berpasir yang putih bersih, air laut yang jernih, laut dipenuhi dengan terumbu karang yang pelbagai jenis dan warna-warna yang menarik dan pelbagai jenis hidupan akuatik sudah tentu menarik perhatian sesiapa sahaja untuk berkunjung ke pulau peranginan ini. Bagi sesetengah netizen yang gemar akan aktiviti-aktiviti ekstrem, mereka juga boleh menggunakan peluang yang ada untuk mengembangkan bakat mereka di sini.Antaranya, hiking, island cruises, scuba diving, snorkelling, jungle trekking, berkayak dan sebagainya. 
snorkelling 


hasil hiking di Pulau Perhentian



Sunday, 24 September 2017

Masbro Village, Melaka

Kepada suka bergambar, ini mungkin destinasi terbaik untuk anda. Terletak di kawasan Paya Rumput Melaka, Masbro Village ini merupakan perkampungan berwarna-warni yang serupa dengan apa yang boleh di jumpai di Brighton Beach Melbourne Australia. Hotel Butik yang berwarna-warni ini lengkap dengan segala kemudahan untuk memastikan penginapan anda selesa.


Hanya 7 kilometre dari pusat bandar bersejarah Melaka, tempat ini bagus jika anda menjari tempat picturesque yang berdekatan dengan tempat – tempat menarik di Melaka.




Thursday, 21 September 2017

TURKI, ISTANBUL

Assalamualaikum..
Hari ini saya akan berkongsikan serba sedikit mengenai tempat-tempat menarik yang sering dikunjungi oleh para pelancong di Istanbul. Disebabkan seni binanya yang menarik dan lokasi yang strategik, iaitu di Timur dan Barat Turki, bandar erbesar di Turki ini menawarkan daya tarikan dan godan yang seakan-akan meerayu para pengunjung untuk datang ke sini. Antara lokasi-lokasi yang menarik di Istanbul ialah :


Istana Topkapi
Spice Bazaar 

Para pengunjung boleh membeli buah tangan atau oleh-oleh di sini 

Masjid Biru

Hagia Sophia

Pernah menjadi rumah ibadat beberapa agama lain sebelum dan seni binanya sedikit sebanyak ada menggambarkan pelbagai adegan keagamaan suatu ketika dulu

credit : http://alwaysabudgettraveller.com/blog/2016/02/25/bila-istanbul-melambai-datang/

AMSTERDAM, NETHERLAND

Assalamualaikum....
Untuk entry pada kali ni saya akan berkongsikan serba sedikit mengenai tips percutian di Amsterdam, Netherland. Netherland merupakan bandar keempat terbesar di kota Belanda. Persekitaran di sini sangat berbeza dengan kota London kerana masih lagi masih lagi mengekalkan konsep persekitaran alam semulajadi dengan adanya tumbuh-tumbuhan hijau di sepanjang jalan raya. Negara ini juga merupakan salah satu negara yan mempunyai terusan terpanjang di dunia dan yang paling unik negara ini satu-satunya negara yang mempunyai sistem penggunaan basikal terbesar di seantero dunia. Jadi, tidak hairanlah jika kita dapat menyaksikan kebanyakan netizen di sana berbasikal di jalan raya. Sebelum tu, mesti korang tertanya-tanya kan transport yang paling murah di sini. Betul tak? Pada kebiasaannya penduduk dan pelancong yang datang ke sisni akan menggunakan kereta api sebagai alat pengangkutan mereka. Di sini saya akan kongsikan tempat-tempat menarik yang sering menjadi tumpuan pelancong :




credit : https://www.instagram.com/fattahaminz/?hl=en


Have a nice day !

Tuesday, 19 September 2017

SONEVA JANI

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua mengenai salah satu destinasi percutian yang menjadi pilihan pasangan suami isteri selebriti tempatan iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Menerusi akuan media sosial (Instagram) milik Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan cahaya mata mereka, Yusuf Iskandar mereka ada berkongsikan serba sedikit perjalanan sepanjang mereka bercuti di pulau peranginan tersebut. Untuk pengetahuan semua, Soneva Jani terletak di sebuah lagun persendirian seluas 5.6 kilometer dan dikelilingi oleh lima buah pulau yang sangat cantik. Malah, untuk ke villa itu, pelawat harus menaiki pesawat air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Male selama 40 minit atau kapal persiaran yang mengambil masa selama separuh hari. Soneva Jani menyediakan tujuh jenis villa mengikut jumlah bilik tidur. Antara keunikan villa-villa tersebut ialah memiliki gelungsur air dari bumbung terus ke dalam lagun selain kolam renang persendirian.





lelaki kacak berbaju putih









credit :
https://www.instagram.com/hairulazreen/?hl=en
www.gempak.com/.../yusuf-iskandar-bercuti-di-villa-mewah-berha...

See you next entry guys...

La Tour Eiffel

Assalamualaikum...
Pada hari ni saya akan kongsikan dengan anda semua percutian di Paris atau lebih dikenali sebagai 'kota cinta' khususnya dalam kalangan generasi muda.


Lihat sahaja gambar di atas sudah berasa teruja bukan?

Menara Eiffel (Bahasa Perancis: La Tour Eiffel, /tuʀ ɛfɛl/) ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis. Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis. Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005  dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina. Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.


salah seorang pasangan artis yang menjalani photoshhot untuk pre-wedding di Menara Eiffel

credit :https://fakihkurniawan.wordpress.com/2016/06/15/jalan-jalan-di-kota-paris/


Saturday, 16 September 2017

NAMI ISLAND


Cuba korang teka gambar ni kat mana?
jeng..jeng..jengg....

Pulau Nami atau Nami Island memang salah satu tempat wajib jika ke Seoul, Korea. Tempat yang sangat popular terutama dalam kalangan rakyat Malaysia. Pulau ini juga terkenal disebabkan berlakunya penggambaran drama Winter Sonata yang menarik tumpuan netizen daripada pelbagai lapisan umur. Trdapat dua cara untuk ke pualau ini iaitu dengan menaiki feri mahupun flying fox. Bagi sesetengah yang gemar akan sukan ekstrem mereka boleh menggunakan kaedah yang kedua iaitu flying fox kerana lebih mencabar. Kalau korang nak ke pulau ni, better korang bawa beal siap-siap sebab di kawasan tu susah nak cari makanan halal. Lagi satu Pulu Nami ni tak besar mana. Korang boleh round dalam tu je. 


Salah satu memori Winter Sonata

Nami Island ketika musim sejuk


See you next entry guys....



credit : http://www.faizalfredley.com/2016/09/28/sehari-di-pulau-nami-korea-selatan/

http://cikepal06.blogspot.my/











Assalamualaikum dan selamat pagi...
Dalam blog ni saya akan kongsikan beberapa destinasi menarik yang sering mencuri tumpuan selebriti tanah air untuk dikunjungi. Di samping itu, saya juga akan berkongsikan destinasi yang menjadi pilihan pengarah-pengarah filem dan drama untuk menaikkan rating filem dan drama mereka.

Enjoy your reading



TOKYO, JEPUN

Assalamualaikum... Pada hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua mengenai percutian di Jepun beserta tipsnya. musim bunga di ...