Haaa...cantik tak pulau tu? Siapa teringin nak pergi ke sana? Cuba angkat tangan..hehehee..
Hari ni saya akan kongsikan dengan anda semua mengenai Pulau Perhentian yang amat dikenali dalam kalangan netizen dan pelancong asing. Malahan pulau ini juga telah tersenarai di antara 10 pulau tercantik di duania oleh CNN. Menarik bukan? Pulau ini terbahagi kepada dua bahagin iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pulau ini terletak di Luat China Selatan kira-kira 21 km dari pekan Kuala Besut ,Terengganu. Keindahan alam semula jadinya yang menarik, pantai berpasir yang putih bersih, air laut yang jernih, laut dipenuhi dengan terumbu karang yang pelbagai jenis dan warna-warna yang menarik dan pelbagai jenis hidupan akuatik sudah tentu menarik perhatian sesiapa sahaja untuk berkunjung ke pulau peranginan ini. Bagi sesetengah netizen yang gemar akan aktiviti-aktiviti ekstrem, mereka juga boleh menggunakan peluang yang ada untuk mengembangkan bakat mereka di sini.Antaranya, hiking, island cruises, scuba diving, snorkelling, jungle trekking, berkayak dan sebagainya.
snorkelling |
hasil hiking di Pulau Perhentian |
No comments:
Post a Comment